用户名: 密码: 验证码:
Medan Maklumat Dalam Kamus Ekabahasa Melayu
详细信息    查看全文
文摘
Kajian bidang leksikografi ini menyelidik perbandingan medan maklumat antara dua buah kamus ekabahasa Melayu, iaitu Kamus Dewan Edisi Keempat dan Kamus Besar Bahasa Indonesia Edisi Keempat. Medan maklumat ialah istilah yang merujuk kepada jenis-jenis maklumat daripada sesebuah kamus yang boleh didapati oleh pengguna seperti ejaan, sebutan, makna, tatabahasa, etimologi, penggunaan kata, silang kata dan sebagainya yang penting oleh para penyusun dan berguna untuk pengguna kamus berkenaan. Data kajian pula terdiri daripada 1080 entri yang dipilih secara rawak mudah dan bersistematik. Kaedah kajian ialah kaedah kepustakaan dan analisis kandungan. Data dianalisis secara deskriptif asas. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti penggunaan medan maklumat dalam Kamus Dewan dan Kamus Besar Bahasa Indonesia berdasarkan penggunaan prinsip-prinsip umum leksikografi. Pelbagai aspek yang terkandung dalam medan atau kategori maklumat dalam sesebuah kamus. Sebanyak enam aspek yang akan dibincangkan dalam kajian ini iaitu ejaan, penyusunan entri atau kata masukan, sebutan, penggunaan kata, etimologi, dan rujuk silang. Hasil kajian menunjukkan bahawa memang wujudnya perbezaan, persamaan dan kekurangan dalam medan maklumat kedua-dua buah kamus tersebut. Kelebihan dapatan kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan medan maklumat dalam sesebuah kamus ekabahasa Melayu membantu pihak penyusun kamus menghasilkan sebuah kamus yang berwibawa. Kajian ini mendedahkan para pengguna khususnya para pendidik, pelajar dan ahli-ahli akademik tentang kepentingan medan maklumat dalam kamus yang perlu diketahui oleh pengguna sebelum memiliki sesebuah kamus yang “baik”. Secara tidak langsung memperkayakan pengetahuan dalam bahasa Melayu.

© 2004-2018 中国地质图书馆版权所有 京ICP备05064691号 京公网安备11010802017129号

地址:北京市海淀区学院路29号 邮编:100083

电话:办公室:(+86 10)66554848;文献借阅、咨询服务、科技查新:66554700