用户名: 密码: 验证码:
Pengaruh Budaya Tempatan Dalam Pembelajaran Bahasa Arab di Sekolah
详细信息    查看全文
文摘
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh budaya tempatan dan peranannya dalam pembelajaran bahasa Arab di sekolah. Dalam melaksanakan kajian ini, budaya tempatan difokuskan kepada tiga aspek utama, iaitu (i) kosa kata Melayu yang mempunyai padanan makna dengan bahasa Arab, (ii) persamaan dari segi ejaan jawi dengan ejaan Arab pada perkataan Melayu, dan (iii) cerita warisan yang berkembang dalam masyarakat Melayu. Kajian ini mengaplikasi kerangka “Teori Linguistik Sistemik Fungsional” yang dipelopori oleh M.A.K. Halliday (1976) bagi melihat pengaruh budaya tempatan dalam pembelajaran Bahasa Arab. Teori Sistemik Funsional mempunyai perhatian besar terhadap hubungan bahasa dengan konteks situasi. Kaedah kualitatif digunakan dalam kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkaitan pengaruh budaya tempatan dalam pembelajaran Bahasa Arab. Satu set soal selidik dikemukakan kepada 30 orang responden yang terdiri daripada pelajar tingkatan lima. Kajian ini diharapkan dapat mengenal pasti pengaruh budaya tempatan dalam peranannya dalam mempertingkatkan penguasaan pembelajaran Bahasa Arab dalam kalangan pelajar sekolah.

© 2004-2018 中国地质图书馆版权所有 京ICP备05064691号 京公网安备11010802017129号

地址:北京市海淀区学院路29号 邮编:100083

电话:办公室:(+86 10)66554848;文献借阅、咨询服务、科技查新:66554700