用户名: 密码: 验证码:
Pemerolehan Dan Penguasaan Kecekapan Berbahasa Melayu Dalam Kalangan Pelajar Asing Di Universiti Sains Malaysia
详细信息    查看全文
文摘
Bahasa Melayu dipelajari oleh pelajar asing? Ia bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dilakukan. Malah, tidaklah menghairankan kerana ada dalam kalangan mereka ini boleh bertutur dengan fasih dalam masa yang singkat. Setiap hari semakin ramai pelajar antarabangsa yang datang ke Malaysia untuk menyambung pengajian mereka. Pemerolehan dan penguasaan kecekapan berbahasa Melayu dalam kalangan pelajar asing berbeza mengikut individu. Kajian ini akan mengenal pasti faktor-faktor pendorong yang menyebabkan pelajar asing ini boleh menguasai bahasa Melayu dengan baik. Responden kajian adalah pelajar Kursus Bahasa Malaysia I (LKM100) di Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Oleh yang demikian itu, satu analisis tahap kemahiran dan keperluan akan dibuat berdasarkan pemerolehan dan penguasaan kecekapan berbahasa Melayu dalam kalangan pelajar asing di USM. Dapatan yang diperoleh mendapati bahawa setiap pelajar mempunyai tahap pemerolehan dan penguasaan kecekapan berbahasa Melayu yang berbeza antara individu. Perbezaan ini disebabkan oleh pelbagai faktor penyumbang seperti keinginan individu, negara asal, persekitaran tempat tinggal, rakan-rakan dan sebagainya.

© 2004-2018 中国地质图书馆版权所有 京ICP备05064691号 京公网安备11010802017129号

地址:北京市海淀区学院路29号 邮编:100083

电话:办公室:(+86 10)66554848;文献借阅、咨询服务、科技查新:66554700